Monday 29 July 2013

Kota Tenaga Sarawak

      Bintulu merupakan salah sebuah bandar yang kian membangun di Sarawak .Bintulu juga dikenali sebagai Bandar Minyak .Ianya merupakan bandar keempat terbesar di Sarawak selepas Kuching,Sibu dan Miri .Bahagian Bintulu merupakan bahagian ketiga terbesar di sarawak terletak di Sarawak yang menghadap Laut China Selatan di baratnya. Bandaraya Bintulu membangun dengan pesat dengan adanya gas asli di luar pantai Sarawak setelah diiktiraf sebagai bandaraya. Ia terletak 650 km dari Bandar Kuching dan kira-kira 215 km dari Sibu atau Miri. Bintulu mempunyai keluasan 7,220.4 km2. Daripada asal hanya sebuah kampung nelayan yang dikenali dengan hasil lautnya seperti udang, cencaluk dan belacan, Bintulu kini muncul sebagai bandar antarabangsa.




KAUM 

MELANAU


Bagi sebahagian besar penduduk negeri Sarawak, 'Melanau' adalah satu bangsa yang sama seperti bangsa Iban, Melayu, Cina dan sebagainya. Ramai yang tidak mengetahui asal-usul dan makna perkataan 'Melanau'.
Kira-kira setengah abad yang lalu, semasa Daerah Bintulu masih dalam jagaan Kerajaan Kesultanan Brunei, kerap kali Baginda Sultan datang ke Bintulu untuk melihat keadaan daerah ini serta memungut hasil daripada penduduknya. Pada suatu hari, sedang sebuah perahu kerajaan Brunei belayar menuju ke Kuala Bintulu, tiba-tiba bertembunglah perahu itu dengan beberapa buah perahu yang menuju ke destinasi yang sama. Nakhoda pun bertanya dengan seorang kelasinya, "Perahu siapakah yang banyak di hadapan kita?" Jawab kelasi itu, "Perahu orang memanau, Datuk." Sari sehari ke sehari perkataan 'memanau' ini dengan tidak disedari oleh sesiapa bertukar menjadi 'Melanau'.
'Panau', begitulah asal perkataan yang sebenar dalam dialek Bintulu yang mana bererti salah satu pekerjaan yang boleh didapati dalam daerah Bintulu pada masa ini. Pekerjaannya ialah menangkap ikan duai, ikan jamah dan sebagainya .Dahulunya,sama seperti kaum Iban, kaum Melanau juga tinggal di dalam rumah panjang (yang dibina dengan tinggi). Namun, masyarakat Melanau pada masa kini telah mengubah cara kehidupan mereka dengan tinggal di dalam rumah kampung yang mengikut corak orang Melayu.Kebanyakannya dibina di tepi sungai dan berdekatan dengan pantai.

Perkampungan kaum Melanau di Bintulu
IBAN

Kaum Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut dan dengan jumlah sebanyak 876,000 iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak .Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.Kebanyakkan generasi baru masyarakat Iban pada masa kini tidak tinggal di rumah panjang, mereka hanya ke rumah panjang apabila tibanya Gawai.

Pakaian tradisional wanita kaum Iban


MAKANAN TRADISIONAL

Tiong
Tiong merupakan makanan tradisional kaum Melanau di Bintulu .Ia juga dikenal sebagai Pais Lemantak Udang .Bahan-bahan yang diperlukan :

Kelapa parut

Tepung Lemantak (sagu)



Udang sederhana besar


Proses buat "Ti-Ong"

 
Udang terlebih dahulu dibersihkan. Kopek kulit dan letak garam dan sedikit perisa. Sagu dan kelapa di gaul dan letak sedikit garam. Lepas tu letakkan sagu dan udang ke dalam daun. Udang tu nak letak seberapa banyak pun boleh. Kat atas ni adalah proses membungkus "Ti-Ong". Daun ni adalah daun dari pokok nipah. Atau orang Sarawak panggil pokok Apong.

 "Ti-Ong" yang sudah siap dibungkus.


Tiong sebenarnya dipanggang di atas pemanggang yang menggunakan arang .

LINUT

Linut merupakan makanan tradisional bukan hanya di Bintulu tetapi di Sarawak malah di Sabah juga .Di Sabah Linut dikenal sebagai sebagai Ambuyat . merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ia adalah bahan berkanji yang hambar sama dengan ubi kanji . Linut dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil chandas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos , di mana terdapat banyak jenis.

Cara cara membuat linut

DESTINASI PILHAN


Taman Tumbina Bintulu

Taman Tumbina Bintulu ataupun Taman Tumbuhan dan Binatang telah ditubuhkan pada akhir tahun 1990 oleh Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), sebuah badan berkanun Kerajaan Negeri Sarawak.
Ia telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai 2 Ogos 1991.
Tumbina terletak di Kawasan Rekreasi Tanjong Batu, kira-kira 5 km dari pusat bandar Bintulu.
Kawasan ini adalah kira-kira 57 hektar dan telah diisytiharkan sebagai Kawasan Khas di bawah Taman Awam Dan Ordinan Greens, 1993 pada 17 Jun 1993.
Sejak awal, Tumbina telah dipanggil banyak nama seperti 
· Zoo Mini (1990 - awal 1991) 
· Taman Burung (1991) 
· Taman Hidupan Liar (pertengahan 1991-1993) 
· Taman Tumbina Bintulu (awal tahun 1993 hingga ke hari ini) .






Taman Negara Similajau

Taman Negara Similajau ialah Pusat Penyenggaraan dan pemuliharaan flora dan fauna Yang kedudukannya di Similajau , Bintulu . Letaknya Kira-Kira 30 km Masjid Bandar Bintulu .Pelbagai aktiviti riadah dapat dijalankan di sini seperti jungle-trekking,perkhemahan dan banyak lagi .Taman negara ini mempunyai pantai terindah di Malaysia dengan hamparan pantai berbatu dan berpasir dengan warna putih dan keemasan menghadap Laut China Selatan.
big_sarawak_similajauTaman yang dipublikasikan pada tahun 1978 ini merangkum luas 7,064 hektar hutan perawan pinggir pantai yang berawal dari Sungai Likau di Selatan hingga ke Sungai Similajau di Utara. Kawasan sepanjang 30 km ini penuh dengan berbagai tumbuhan dan haiwan dan menawarkan pelancong pengalaman indah berjalan di sepanjang pantai yang indah dan tenteram.

Kehidupan darat di taman ini termasuk 24 spesis hewan mamalia yang telah didaftarkan seperti hewan ungka dan berbagai jenis kera. Hewan reptilia yang sering kelihatan disini ialah Buaya Air Asin

Taman ini juga telah mendaftarkan sebanyak 230 spesies burung termasuk burung kenyalang dan burung yang sering hijrah seperti Bangau Storm. Jika beruntung, anda juga bisa melihat ikan Lumba-lumba bermain ombak di laut. Kadangkala, Penyu juga naik ke darat untuk bertelur disini.



 



 ACARA/PESTA TAHUNAN

Regatta Bintulu

Regatta Bintulu merupakan pesta tahunan yang selalunya diadakan pada bukan Ogos .Acara atau pesta ini adalah merupakan perlumbaan sukan air yang diadakan di Sungai Kemena .Pelbagau jenis bot dan perahu dari pelbagai bahagian di Sarawak menyertai acara ini .Para penonton dan pelancong boleh melihat acara ini dari hujong Kampung Sinong hingga ke Waterfront Bintulu .











Pesta Layang Layang

Pesta Layang Layang merupakan pesta atau acara antarabangsa yang selalunya diadakan pada bulan September .Acara ini dilangsungkan di Lapangan Terbang Lama Bintulu .Sebanyak 22 buah negara membabitkan 87 peserta terdiri daripada Jepun, New Zealand, Australia, China, Taiwan, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Thailand, Perancis, Itali, Kemboja, Filipina, Korea, Jerman, England, Amerika Syarikat, Belanda, India, Switzerland, Kanada, Sweden dan Greek telah mengambil bahagian bagi kategori antarabangsa dalam acara ini.
Dalam pada itu, seramai 57 peserta  dari Sarawak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, Kedah, Melaka, Wilayah Persekutuan, Perlis dan Terengganu turut mengesahkan penyertaanDalam pada itu, seramai 57 peserta  dari Sarawak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, Kedah, Melaka, Wilayah Persekutuan, Perlis dan Terengganu bagi kategori kebangsaan .Pelbagai jenis saiz warna layang layang diterbangkan ke udara semasa acara dan festival ini .Seluruh Lapangan Terbang Lama Bintulu dipenuhi dengan layang layang .Acara ini juga diadakan untuk mengekalkan permainan tradisional ini kepada generasi kini agar tidak ketingggalan zaman .Gerai gerai jualan turut disediakan semasa acara ini untuk memeriahkan lagi acara ini .Aktiviti kemasyarakatan turut diadakan juga .








Politeknik Kuching Sarawak
Jabatan Kejuruteraan Petrokimia 
DPE1 Seksyen1
Muhd Hazwan Fikri
Radzie Azhar Rahim
Govincent Calvin Chen
Mohd Zharif Azfar